Assalamualaikum,
Hoho kali ini aku nak cerita pasal facebook dan orang. Amboi nak mengata lah ni. Aku cuma nak cerita perasaan aku pasal pesbook ni. Kengkadang aku tengok orang kat facebook nie banyak yang jadi ustazah,, ostaz, pakar motivasi, kaunselour, doktor lah semuanya tak professional. Tah hape-hape. Lagi-lagi stok ustaz dan ustazah mengeluarkan dalil-dalil yang share semuanya. Weh, korang dah kaji ke pasal hadis dan sunnah sebelum nak share? Amboi ko rasa cam sedap kena dengan diri ko, kenakan orang lain selamba badak je ko share. Kau tau x apa implikasinya kalau tershare hadis palsu? Beb agama bukan benda main-main, kena belajar dan faham. Kalau konsep agama kau pun ke laut, maka ke lautla fahaman kau.
Dah tu belajarlah, jangan lah rasa diri tu alim dari orang lain ko da mendabik dada macam kingkong rasa hebat ko nak nasihat. Ya aku tau, memang kita kena ingat mengingatkan, apakah manis sekiranya kau tegur dia melalui private message. Ni tak nak bajet orang tau kau tu baik sangat kau buh sebijik kat wall dia. Apa kes? Tolonglah jangan sesekali buat macam tue. Tak baik. ecece.
Sebelum nak mendabik dada kan, cuba ko tengok dada ko dabik tak? Berlobang ke, terkeluar tulang ke? Tak semua orang sempurna, setiap agama kat dunia nie mengajar perkara yang benar kecuali disimpangkan, tapi yang paling sempurna adalah agama Islam. Islam tu suci, bukan terrorist, so kenalah belajar mendidik diri macam mana yang diajar, tak semestinya belajar dengan 1 guru, kalau boleh belajar dengan banyak guru. Bandingkan. kalau nak tahu orang yang belajar agama ni, orang tak tau dia nie wujud sebabnya dia macam padi makin berisi makin tunduklah dia. Oleh itu gunakan facebook nie sebagai medium dakwah, nak ajak orang baik dia bermula dengan peribadi kita, maka terkesanlah. tak perlulah nak tunjukkan. sifat baik tu sendiri akan terkesan kat hati orang. Cermin diri kita sendiri sebelum pesbok, takpun lepas nie beli cermin letak tepi laptop ke, pasang webcam ke, ha tengoklah.
Peace Upon You!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan